|
|
|
|
|
|
Selasa 12/04/2022
JEMPUTAN KE JELAJAH AGRIKOMODITI #KELUARGAMALAYSIA 2022: MAJLIS PERASMIAN PUSAT MINI PEMPROSESAN KOKO DAN JALAN LADANG DI RUMAH PANJANG UNGA, KAMPUNG KETIMBONG, SEBUYAU, SIMUNJAN, SAMARAHAN, SARAWAK
Dimaklumkan, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin akan menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Mini Pemprosesan Koko dan Jalan Ladang sempena Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 13 April 2022
Masa: 9.50 pagi
Tempat: Rumah Panjang Unga, Kampung Ketimbong, Sebuyau, Simunjan, Samarahan, Sarawak
Program
9.50 pagi: Ketibaan YB Datuk Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar
10.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Willie Anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
: Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan #KeluargaMalaysia
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Encik Navies Maisin, Pengurus Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Kota Samarahan, Lembaga Koko Malaysia
: Ucapan oleh YBrs. Encik Inga Anak Jamat, Ketua Kampung Ketimbong
: Montaj Lembaga Koko Malaysia
: Ucapan oleh YB Datuk Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar
: Ucapan perasmian oleh YB Datuk Willie Anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
: Gimik Perasmian Pusat Mini Pemprosesan dan Jalan Ladang
: Sesi penyampaian cenderamata dan bergambar
11.00 pagi: Sidang Media
11.15 pagi: Lawatan ke Pusat Mini Pemprosesan Koko dan Jalan Ladang
: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Norlaila binti Ahmad
Pegawai Perhubungan Awam I
Tel: 012-3107451
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|