|
|
|
|
|
|
Jumaat 22/04/2022
PEMBATALAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN INISIATIF BAJET 2022 - 'JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA'.
Untuk makluman pihak media, Halal Development Corporation Berhad (HDC) memaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Kempen Inisiatif Bajet 2022 yang dijadualkan pada hari Jumaat 22 April 2022, pada jam 9.00 pagi, bertempat di Amber Junior Ballroom, Ground Floor, Avante Hotel, 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, 47800 Selangor adalah DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.
MENGENAI HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu negara dan ekosistem Halal secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Juga sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di - www.hdcglobal.com.
SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Perhubungan Awam dan Media HDC
Tel: +6012 3249703
Emel : norsida.ahmad@hdcglobal.com
-BERNAMA |
|
|
|
|
|