|
|
|
|
|
|
Khamis 28/04/2022
MAJLIS PELANCARAN LAPORAN SKIM PEDULI SIHAT KESIHATAN B40 (PEKA B40) TAHUN 2021
Dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan akan hadir Majlis Pelancaran Laporan Skim Peduli Sihat Kesihatan B40 (PEKA B40) Tahun 2021 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 28 April 2022
Masa: 3:00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Sehubungan itu, wakil agensi media dijemput hadir dan membuat liputan majlis berkenaan. Untuk makluman, majlis pelancaran ini juga akan disiarkan secara langsung melalui FB Live KKM.
Petugas media yang hadir secara fizikal perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti program tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Sila klik di sini untuk bilangan petugas media dibenarkan secara fizikal.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: R. Syahrir R. Abu Bakar
Setiausaha Akhbar
Tel: 012-212 2692
Nama: Mohd Azmi bin Abd Majid
Pegawai Perhubungan Awam
Tel: 017-682 6205
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|