ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2022 -Khamis

 
 
 

Khamis 12/05/2022

OPERASI PENGUATKUASAAN LARANGAN MEROKOK DI PERLIS

Dimaklumkan bahawa Ops LEBARAN BEBAS ASAP ROKOK (Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok di Tempat Awam) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 13 Mei 2022

Masa: 8:00 malam hingga 10:30 malam

Tempat: Lobi Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis


Program

7.45 malam: Pendaftaran media

8.00 malam: Taklimat Operasi

8.30 malam: Bertolak ke lapangan

: Operasi tamat

: Sidang Media

Untuk makluman wakil-wakil media, operasi ini adalah bertaraf sulit. Justeru, sebelum operasi ini dimulakan, satu taklimat media akan diadakan pada jam 8.00 malam di lokasi tersebut untuk tujuan perkongsian maklumat.

Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan.

Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat operasi tersebut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan operasi tersebut.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Dr. Khaironisak bt Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Penyakit Tidak Berjangkit
JKN Perlis
Tel: 019-540 3401

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.