ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
 
 

Khamis 02/06/2022

JEMPUTAN LIPUTAN SIDANG MEDIA KHAS BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN (MAFI) DAN KETUA PENGARAH MARDI

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi tumpuan kepada Sekuriti Makanan Negara dan tanaman bawang merah merupakan salah satu tanaman yang diberi perhatian. MARDI sedang giat menjalankan penyelidikan bawang bagi mengurangkan kebergantungan kepada bawang yang diimport daripada luar negara.

Dalam pada itu melalui pameran dan pertandingan International Technology & Expo (ITEX) 2022 yang telah berlangsung pada 26 & 27 Mei 2021 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), MARDI telah berjaya merangkul kemenangan 100% dengan tujuh (7) pingat emas dan dua (2) pingat perak serta satu (1) anugerah khas. Manakala pada pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2022 pada 21 - 25 Mac 2022 yang dipertandingkan secara dalam talian, MARDI juga telah berjaya merangkul dua (2) pingat emas dan dua (2) pingat perak.

Sehubungan dengan itu, satu sesi Sidang Media Khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 3 Jun 2022

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Laman Direktorat, Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor


Atur Cara

8.30 pagi : Ketibaan wartawan/media

8.45 pagi : Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI

9.00 pagi : Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

SEKURITI MAKANAN - PENGURANGAN PERGANTUNGAN IMPORT MELALUI PROJEK PENANAMAN BAWANG DI MALAYSIA DAN PENCAPAIAN MARDI DI PERTANDINGAN ITEX 2022 & MTE 2022

Lawatan ke reruai dan plot penyelidikan bawang

11.00 pagi : Minum pagi / Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Abdul Rahman bin Abdul Razak
Tel: 019-248 0204

Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-6211371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.