|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
Khamis 14/07/2022
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MAJLIS PENGISYTIHARAN VARIETI BAHARU PADI SPESIALTI MARDI - MRQ 103
Sukacita dimaklumkan MARDI akan menganjurkan MAJLIS PENGISYTIHARAN VARIETI BAHARU PADI SPESIALTI MARDI - MRQ 103 yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 15 Julai 2022
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Plot Petani Parit 1 Timur, Sungai Besar, Selangor
Untuk makluman, MARDI telah menghasilkan 52 varieti padi negara yang terdiri daripada 40 varieti padi biasa, 11 varieti padi spesialiti dan satu varieti padi hibrid. Pada tahun ini, MARDI akan mengisytiharkan satu lagi varieti baharu iaitu varieti padi spesialti MRQ 103 yang merupakan kacukan di antara MRQ 89 dan MRQ 50. MRQ 103 - Beras wangi, prestasi hasil sehingga 5.8 tan/ha, beras yang panjang dan tirus, beraroma serta kandungan amilosa yang sederhana, sederhana rintang terhadap penyakit karah dan benah perang.
Atur Cara
3.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI
Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
3.45 petang : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Lawatan ke Booth Pameran
Gimik Pengisytiharan Varieti Baharu Padi Spesialiti MARDI MRQ 103
Tandatangan Dokumen Pelesenan Ekslusif:
MARDI dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd.
Penyampaian Touch Point kepada Petani
Penyampaian Cenderahati
Sidang Media
5.00 petang : Minum petang / Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pengisytiharan tersebut.
Sumber: MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Abdul Rahman bin Abdul Razak
Tel: 019-248 0204
Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371
-BERNAMA |
|
|
|
|
|