|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
Isnin 25/07/2022
JEMPUTAN MEDIA : 17 SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2022.
Pada majlis tersebut dianggarkan 17 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad. Turut hadir Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Hari/Tarikh : Rabu 27 Julai 2022
Masa : 2.00 petang - 3.30 petang (majlis bermula 2.30 petang)
Tempat : Dewan Sapphire, Tingkat 5, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel : 017-393 5432
-BERNAMA |
|
|
|
|
|