ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 26, 2024 -Selasa

 
 
 

Isnin 25/07/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN STESEN PENYELIDIKAN HIBRID MARDI PERLIS- YTSS

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI PERLIS- YTSS yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 26 Julai 2022

Masa : 10.00 pagi

Tempat : MARDI Arau, Jalan Tambung Tulang, 02600 Arau, Perlis


Sila klik di sini untuk Program.

Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis merupakan stesen yang terlibat dalam pembangunan teknologi pengeluaran padi hibrid dan inbred untuk peningkatan tahap sara diri beras negara. Antara kajian yang dijalankan ialah Pembangunan Teknologi Padi Hibrid Tempatan yang merangkumi aktiviti pembangunan induk padi hibrid, penilaian hasil titisan hibrid berpotensi dan pengeluaran benih induk mandul jantan (CMS) dan pengeluaran benih hibrid F1. Selain itu, kajian penilaian padi inbred juga dilaksanakan seperti ujian hasil awal dan hasil lanjutan, ujian multilokasi dan ujian penentusahan setempat (LVT).

Stesen penyelidikan Hibrid MARDI Perlis juga berperanan untuk penyampaian maklumat berkaitan teknologi kepada golonpan sasar bagi aktiviti promosi dan pembangunan perniagaan serta kepada aktiviti penyelidikan yang memfokuskan kepada padi dan harumanis. Penubuhan Stesen penyelidikan Hibrid MARDI Perlis mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Kerajaan Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin. MARDI Perlis yang dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, kemudahan ladang, makmal dan kilang pemprosesan padi yang lengkap untuk menjalankan penyelidikan berkaitan padi. Pembangunan MARDI Perlis siap sepenuhnya pada tahun 2011 dan telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Nur Akmal binti Hassan
Tel : 019-455 3400

Nama : Pn Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel : 012-6211371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.