|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
Isnin 15/08/2022
HEALTH POLICY SUMMIT 2022: FUTURE OF OUR HEALTHCARE - HEALTH WHITE PAPER DEVELOPMENT PADA 15 DAN 16 OGOS 2022
Dimaklumkan bahawa YAB Dato' Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia akan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Health Policy Summit 2022: Future of Our Healthcare - Health White Paper Development pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 15 Ogos 2022
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur
Turut hadir: YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
Bagi majlis perasmian ini, wakil-wakil media dikehendaki membuat pengesahan kehadiran lebih awal melalui pautan https://forms.gle/iAU6wvYz1JStQv8C6
Wakil-wakil media yang ingin membuat liputan sesi persidangan sepanjang dua (2) hari) tersebut, perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan Pas Khas Media melalui Whatsapp (nama penuh, nama agensi, jawatan dan nombor telefon) di talian 016-3087120 (Encik Mahendran). Aturcara program dilampirkan untuk perhatian dan tindakan.
Pihak Urus Setia telah menyediakan ruang kerja (Bilik Kelantan) bagi petugas media yang membuat liputan sepanjang persidangan ini.
Pada 16 Ogos 2022 pukul 4:00 petang, YB Menteri Kesihatan dijangka akan mengadakan sesi sidang media selepas selesainya sesi Dialog Polisi di Dewan Tun Hussein Onn.
Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Azmi bin Abd Majid
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 017-682 6205
Nama : Puan Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 012-211 2658
-BERNAMA |
|
|
|
|
|