|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
Rabu 17/08/2022
JEMPUTAN: MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INKUBATOR KEUSAHAWANAN AKUAKULTUR AGROBANK-UPM
Agrobank akan melancarkan Program Inkubator Keusahawan Akuakultur iaitu satu jalinan kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda terutama dikalangan pelajar lepasan institusi pengajian tinggi tempatan, sekali gus mendukung agenda dan aspirasi Kerajaan dalam mentransformasi industri pertanian dan agromakanan negara.
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Aminuddin Amenon, Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank dan Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.
Berikut adalah butiran program:
Hari/Tarikh: Khamis 18 Ogos 2022
Masa: 8:30pagi - 10:00pagi
Tempat: Tapak Demonstrasi, Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM
(https://goo.gl/maps/G4dopF55tgM1rE877)
Agenda
8.30 pagi : Ketibaan tetamu kehormat, tetamu dan rakan-rakan media
9:00 pagi - 10:00 pagi :
Bacaan Doa
Pembukaan Majlis Perasmian
Ucapan oleh: Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia
Ucapan oleh: Aminuddin Amenon, Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank
Taklimat Program oleh Penasihat Program UPM
Tayangan Video Program
Penyampaian Sijil dan Replika Cek
Majlis Perasmian oleh: Aminuddin Amenon, Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank dan Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia
Sesi Lawatan Tapak dan Pameran
Jamuan Makan
Majlis Tamat & Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam
Tel: 012-310 1766
-BERNAMA |
|
|
|
|
|