|
|
November 26, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
Isnin 03/10/2022
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM AGROBIODIVERSITI DAN PERSEKITARAN (A-BES 2022)
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan Majlis Perasmian Simposium Agrobiodiversiti dan Persekitaran (A-BES 2022) yang akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Hari/Tarikh: Selasa 4 Oktober 2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu
Untuk makluman, Simposium Agrobiodiversiti dan Persekitaran (A-BES 2022) yang bertemakan "Agrobiodiversiti Pemaju Sekuriti Makanan" memfokuskan kepada beberapa teras penting seperti pemuliharaan, menangani cabaran perubahan iklim dan mengurangkan jurang kemiskinan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa melalui penggunaan sumber agrobiodiversiti.
Aturcara
8.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, ketua setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, ketua setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Pelancaran Buku "Crop Wild Relative"
Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Fotografi dan Videografi
Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke Pameran dan Poster
Sidang Media
10.30 pagi: Makan Tengah hari/Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Akmal binti Hassan
Tel: 019-455 3400
Nama: Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371
-BERNAMA |
|
|
|
|
|