ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 26, 2024 -Selasa

 
 
 

Isnin 17/10/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI MARDI 2022 DAN PELANCARAN PRODUK INOVASI MARDI

Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan Hari Inovasi MARDI pada 18-19 Oktober 2022 bertempat di Dewan D, MAEPS, Serdang bertemakan "R&D Memperkasa Sekuriti Makanan". Hari Inovasi MARDI merupakan acara tahunan yang dikenali sebagai Signature Event yang merupakan platform yang membolehkan para penyelidik MARDI mempamerkan, berkongsi dan menonjolkan penemuan hasil penyelidikan yang telah dijalankan kreativiti yang diterjemahkan dalam bentuk inovasi dan teknologi. Hari inovasi MARDI merupakan program yang merangkumi pelbagai acara inovasi seperti pameran MARDI Science and Technology Exhibition (MSTE), Seminar Inovasi dan Anugerah Inovasi MARDI.

Majlis Perasmian Hari Inovasi MARDI 2022 dan Pelancaran produk Inovasi MARDI akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad BIN Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 18 Oktober 2022

Masam : 9.30 pagi

Tempat : Dewan D, MAEPS Serdang


**Kod Pakaian: Formal/Suit

Program

9.00 pagi: Ketibaan warga MARDI

9.45 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

10.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan aluan oleh YBhg Dato' Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani
Ketua Pengarah MARDI

Ucapan perasmian dan pelancaran oleh YB Datuk Seri Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

Gimik dan tayangan Montaj

Pelancaran Produk Inovasi MARDI
- Teknologi Floc Tes untuk Pengesanan Penyakit Padi
- Teknologi Nano Formulasi untuk penyakit Padi
- Slow-Released Energy Bar- Bar Pembebasan Tenaga Berkala
- High-Energy Candy, Kandi bertenaga Tinggi
- Recovery Sports Drink - Minuman Pemulihan Sukan

Penyampaian Cenderamata

Lawatan ke pameran dan poster

Sidang media

12.30 tengah hari : Makan tengah hari / bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nur Akmal / Pn Siti Aishah
Tel : 019-455 3400 / 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.