ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
 
 

Jumaat 04/11/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI (CONFERTECH) 2022

Sukacita dimaklumkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (CONFERTECH) 2022 pada 8-10 November 2022 di Casuarina Hotel @Meru, Ipoh. Perak yang bertemakan "Pemindahan Teknologi: Mendepani Cabaran Sekuriti Makanan". Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 8 November 2022

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Casuarina Hotel@Meru, Ipoh, Perak


Pakaian: Formal

Aturcara

10.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan

11.00 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani,
Ketua Pengarah MARDI

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Gimik dan Montaj Pelancaran buku:
- Evolusi Dalam Memacu Keunggulan Industri Makanan
- Underutilized Fruits

Pertukaran Memorandum Perjanjian: MARDI-Syarikat

Penyampaian cenderamata

Lawatan ke pameran poster

Sidang media

12.30 Tengah hari: Makan tengah hari/Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Siti Aishah / Pn. Nur Akmal
Tel: 012-621 1371 / 019-455 3400

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.