ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
 
 

Jumaat 02/12/2022

MAJLIS GRADUASI PROGRAM USAHAWAN MAHASISWA (PUM) PKNS BAGI TAHUN 2022

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Graduasi Program Usahawan Mahasiswa (PUM) PKNS Bagi Tahun 2022 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 5 Disember 2022

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan ASTER, Bangunan Ibu Pejabat PKNS Shah Alam


Program

9:00 Pagi : Pendaftaran

9:15 Pagi : Ketibaan Panel Juri

9:20 Pagi : Ketibaan Ahli Pengurusan PKNS

9:30 Pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Pengurus Pembangunan Usahawan

: Tayangan Montaj

10:00 Pagi : Sesi Pitch In 5 Finalist PUM 2022

11:00 Pagi : Rehat

11:30 Pagi : Sesi Pitch In 5 Finalist PUM 2022

12:40 Tengah Hari : Perbincangan Juri

1:00 Petang : Penyampaian Hadiah

: Sesi Fotografi

: Jamuan Makan

2:00 Petang : Bersurai

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengajurkan Majlis Graduasi Program Usahawan Mahasiswa (PUM) PKNS bagi Tahun 2022. PUM telah dilaksanakan oleh PKNS sejak tahun 2003 dengan memberi fokus latihan dan pembudayaan dalam kalangan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi. Objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi warisan yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Program ini juga adalah sebagai inisiatif untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama setelah menamatkan pengajian di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT).

Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Puan Hajah Azilah binti Arasad @ Arshad, Pengurus Besar Kanan Keusahawanan bersama-sama Puan Yuzawati binti Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ekin
Tel: 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.