|
|
|
|
|
|
Khamis 08/12/2022
JEMPUTAN: MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA AGROBANK DAN TAKAFUL MALAYSIA
Merujuk perkara di atas, Agrobank dan Takaful Malaysia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai satu usahasama Perhubungan Perkongsian Pilihan Bancatakaful di antara Agrobank dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Berhad (STMKB) bersama Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB), yang menjadi saluran yang bakal memanfaatkan kumpulan sasar di sektor pertanian.
Majlis menandatangani MoU diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato' Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Keluarga, Encik Nor Azman Zainal yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Mohamad Sabu.
Berikut adalah butiran program:
Hari/Tarikh: Jumaat 9 Disember 2022
Masa: 10.15 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Pullman 3 & 4, Pullman Hotel & Residence,
Kuala Lumpur City Centre
4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Program
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Intan Syazwani Isa
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank
Tel: 012-702 3110
Nama: Rasheffa Abdul Rashid
Eksekutif Perhubungan Awam
Tel: 019-272 9907
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|