ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
 
 

Isnin 09/01/2023

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Di Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 11 Januari 2023

Masa: 11.30 pagi

Tempat: Restoran SACC Kelana Seafood, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor


Aturcara

11.30 Pagi : Ketibaan Jemputan & Dif Kehormat

11.45 Pagi : Ketibaan VIP Bank Muamalat Malaysia Berhad

11.50 Pagi : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

12.00 T/Hari : Ucapan Pengacara Majlis

Bacaan Doa

: Ucapan Aluan Oleh YBhg. Dato' Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

: Ucapan Balas Oleh Bank Muamalat

: Majlis Menandatangani MOU

: Penyerahan Cenderamata

: Sidang Media

: Makan Tengah Hari

1.30 Petang : Bersurai

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk menawarkan pakej pembiayaan pembelian hartanah menarik buat para pelanggan di samping mempromosikan produk-produk hartanah PKNS.

Sesi menandatangani perjanjian ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Y.Bhg. Dato' Mahmud Bin Abbas serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Encik Khairul Kamarudin.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ekin
Tel : 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.