|
|
|
|
|
|
Khamis 12/01/2023
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGKOMERSIALAN TEKNOLOGI 'APTSENSE' ANTARA MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION, BIOGENES TECHNOLOGIES SDN BHD, PEMBANGUNAN EKUITI SDN BHD
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) ingin menjemput rakan-rakan media ke program MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGKOMERSIALAN TEKNOLOGI 'APTSENSE' ANTARA MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION, BIOGENES TECHNOLOGIES SDN BHD, PEMBANGUNAN EKUITI SDN BHD.
Agenda adalah seperti tertera di bawah:
Hari/Tarikh: Selasa 17 Januari 2023
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Lokasi: Malaysian Technology Development Corporation, Ground Floor, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
https://goo.gl/maps/NkXMPGjv17Zowv8y5
Program
9:30 pagi : Ketibaan Tetamu dan Media
10:00 pagi : Program Bermula
10:05 pagi : Ucapan Alu-aluan YBrs Tuan Haji Mohammad Hazani Haji Hassan, Ketua Eksekutif MTDC
10:15 pagi : Ucapan YBrs Tang Kok Mun, Ketua Eksekutif Biogenes Technologies Sdn Bhd
10:25 pagi : Ucapan YBrs Shekh Jamaluddin Bin Shekh Sarwandin, Pengarah Urusan Pembangunan Ekuiti Sdn Bhd
10:35 pagi : Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Teknologi 'Aptsense' antara MTDC dan Biogenes Technologies Sdn Bhd
10:45 pagi : Pertukaran Memorandum Perjanjian Pengkomersialan Teknologi 'Aptsense' Antara Biogenes Technologies Sdn Bhd dan Pembangunan Ekuiti Sdn Bhd
10:55 pagi : Sidang Media
11:15 pagi : Program Bersurai
Mengenai MTDC
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang telah ditubuhkan pada bulan Mac 1992, adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad. Sebagai syarikat pelaburan strategik, MTDC melalui kepakaran, pengalaman serta perkhidmatannya membantu syarikat-syarikat naungannya merealisasikan potensi mereka sebagai syarikat bertaraf dunia. Perkhidmatan MTDC disalurkan melalui Technopreneur Training Academy (TENTRA), Centre of 9 Pillars (Co9P), pusat-pusat inkubator, pendanaan serta khidmat nasihat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mtdc.com.my
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Alvirah Mohd Natt
Naib Presiden, Komunikasi Korporat
E-mel: alvirah@mtdc.com.my
Tel: 017 212 2802
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|