ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Selasa 17/01/2023

KONVENSYEN PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2022

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 19 Januari 2023

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Konvensyen PROTUNe 2022 Peringkat Negeri Selangor yang khusus diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan syarikat-syarikat PROTUNe di sekolah-sekolah seluruh negeri ini menerusi 10 anugerah yang dipertandingkan.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Y.B. Rodziah Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bersama-sama Y.Bhg. Dato' Mahmud Bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.

Aturcara

8:30 Pagi : Pendaftaran Pelajar/Guru Pembimbing

9:15 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

9:20 Pagi : Ketibaan Y.Bhg Dato' Mahmud Bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

9:30 Pagi : Ketibaan Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Desa

: Ucapan Y.Bhg Dato' Mahmud Bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

: Ucapan Perasmian Y.B Puan Rodziah Binti Ismail

: Penyampaian Hadiah (5 Anugerah)

: Tayangan Video Montaj

: Penyampaian Hadiah (5 Anugerah)

: Penyampaian Anugerah Utama

: Penyampaian Sijil Juri PROTUNe & Cenderahati

11:45 Pagi : Jamuan Makan

: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis konvensyen tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama : Ekin
Tel : 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.