ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
 
 

Isnin 13/03/2023

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN SERANTAU BERSEPADU SELATAN SELANGOR (IDRISS)

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad, akan menganjurkan Majlis Pelancaran Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS). Sehubungan dengan itu wakil-wakil media adalah dijemput untuk hadir ke majlis ini yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Hari/Tarikh: Rabu 15 Mac 2023

Masa: 12.30 tengah hari - 2.00 petang

Tempat: Foyer Bangunan SSAS, Bangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Persiaran Sultan, Seksyen 5,
40503, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tetamu Kehormat: Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Bin Shari,
Dato' Menteri Besar Selangor

Kod Pakaian: Business Suit

Program:


Sila klik di sini untuk PROGRAM


Sebagai makluman, IDRISS yang terkandung dalam kerangka pembangunan negeri Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bakal mencetuskan impak ekonomi kepada Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat sekali gus memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Majlis Pelancaran Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan projek-projek berimpak tinggi di bawah IDRISS, insentif-insentif IDRISS dan juga insentif-insentif Managed Industrial Park (MIP) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bersama-sama ini disertakan link "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan pihak wakil media. https://forms.gle/LiW7aSPz7k9cksMu7

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Maryani | Pn Nurul 'Ain
E-mel: maryani@investselangor.my | nurul@investselangor.my
Tel: 03- 5510 2005

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.