|
|
|
|
|
|
Khamis 16/03/2023
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SME BANK ITEKAD ISHRAF
Sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam menyokong pembangunan usahawan asnaf, SME Bank akan melancarkan Program SME Bank iTEKAD ISHRAF. Program Keusahawanan Asnaf siri ketiga yang sebelum ini dikenali sebagai Program ISHRAF SME Bank, telah dijenamakan semula menjadi program SME Bank iTEKAD ISHRAF setelah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai inisiatif yang seiring dengan objektif Program kewangan sosial, iTEKAD yang diterajui BNM.
Pengurusan SME Bank dengan ini menjemput rakan-rakan media ke majlis pelancaran pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 20 Mac 2023
Masa: 5.30 petang - 7.15 petang
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, Tingkat 2
World Trade Centre Kuala Lumpur
Tetamu kehormat:
i. YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
ii. YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Program
5.30 petang: Pendaftaran & Ketibaan Tetamu
: Ketibaan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
: Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
6.00 petang: Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail
Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank
: Ucapan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
: Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
: Pelancaran SME Bank iTEKAD ISHRAF 2023
: Tayangan Multimedia
: Penyerahan Cenderahati Penghargaan kepada Tujuh (7) Rakan Strategik, Enam (6) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Sepuluh (10) Peserta ISHRAF2.0
: Sidang Media (Bilik Melaka)
: Jamuan Makan
7.15 petang: Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER: SME Bank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Sarah Hanis
Tel: 03-26152915
https://wa.me/164150087
Nama: Pn. Azimah
Tel: 03-26152872
E-mel: n.azimah@smebank.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|