ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
 
 

Selasa 28/03/2023

JEMPUTAN MEDIA - MAJLIS MEMASAK & PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK OLEH DATUMCORP INTERNATIONAL SDN BHD

Sempena Ramadan tahun ini, DatumCorp International Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Memasak dan Agihan Bubur Lambuk dengan kerjasama Temu Jelatek di mana sebanyak 2,000 pek bubur lambuk akan diagihkan kepada para pengunjung Pusat Beli Belah Datum Jelatek, masjid, penduduk setempat, anak yatim dan pihak berkuasa tempatan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Sehubungan itu, DatumCorp International Sdn Bhd mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menghantar wakil media (wartawan & jurugambar) untuk membuat liputan sepanjang majlis berlangsung seperti butiran berikut:

HARI/TARIKH: Sabtu 1 April 2023

MASA: 3.30 petang

TEMPAT: Perkarangan Pusat Beli Belah Datum Jelatek
Datum Jelatek, Jalan Jelatek, 54200, Kuala Lumpur



Program

8.00 pagi: Bacaan doa

8.15 pagi: Acara memasak bubur lambuk bermula (Diketuai oleh Chef Temu Jelatek)

***************

3.00 petang: Pembungkusan bubur lambuk

3.30 petang: Ketibaan wakil media

4.00 petang: Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS dan tetamu kehormat

: Agihan bubur lambuk

5.00 petang: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Suzana binti Zakaria
Ketua Perkhidmatan Korporat
DatumCorp International
Tel: 019 770 0035

Nama: Puan Noor Idzni Izyan binti Abdul Rahaman
Eksekutif Pembangunan Perniagaan
DatumCorp International
Tel: 013-343 8809

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.