|
|
|
|
|
|
Isnin 15/05/2023
Majlis Raikan Nostalgia Aidilfitri 2023
Dimaklumkan bahawa Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Raikan Nostalgia Aidilfitri 2023 yang akan dihoskan oleh Pengerusi PAAB, Datuk Seri Ir. Jaseni Maidinsa dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkiflee Omar.
Pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Steven Sim Chee Keong dijangka hadir bersama-sama tetamu-tetamu jemputan lain daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, jabatan dan agensi kerajaan serta pemain industri perkhidmatan air di negara ini.
Sehubungan itu, sukacita pihak PAAB menjemput pihak media (seorang wartawan & seorang jurugambar) bagi tujuan liputan berita seperti berikut :
Hari/Tarikh: Selasa 16 Mei 2023
Masa: 2.00 petang - 5.30 petang
Tempat: Grand Ballroom, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat
Pengurusan Aset Air Berhad
SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Dalina Daud
Tel: 012-7007 172
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|