|
|
|
|
|
|
Rabu 24/05/2023
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SME BANK DENGAN PEMAIN INDUSTRI & PENYERAHAN PEMBIAYAAN KEPADA SANI FERRY SDN. BHD.
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sani Ferry Sdn Bhd, Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd., Kembara Station Sdn. Bhd., Clearwisdom Sdn. Bhd. dan Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. sebagai inisiatif usaha sama untuk memacu pertumbuhan dan peluang kemajuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dalam industri maritim dan penerbangan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 25 Mei 2023
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Kencana Ballroom, Ombak Villa, Pulau Langkawi
Tetamu kehormat: YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aturcara
2.45 petang :
- Pendaftaran & Ketibaan Tetamu
- Ketibaan YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
3.00 petang :
- Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail
Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank
- Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SME Bank dan Pemain Industri
- Majlis Penyerahan Pembiayaan Kepada Sani Ferry Sdn. Bhd.
- Sidang Media
- Jamuan Makan
5.00 petang : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: SME Bank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Arnee Ismail / En. Shahrul Nizam
Tel: 019-6633390 / 016-2334764
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|