|
|
|
|
|
|
Jumaat 30/06/2023
PROGRAM MTDC ROAD2GROWTH 2023 (R2G) SARAWAK
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) ingin menjemput rakan-rakan media ke program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) Sarawak.
Agenda adalah seperti tertera di bawah:
Hari/Tarikh: Rabu 5 Julai 2023
Masa: 8.30 pagi-5.30 petang
Lokasi: Riverside Majestic Hotel Kuching, Sarawak
https://goo.gl/maps/rNApqwqa3xg3puCG9
Program
8.30 pagi : Pendaftaran peserta-peserta
8.45 pagi: Lawatan ke tapak pameran
9.00 pagi: Ucapan alu-aluan Ketua Eksekutif MTDC
:Pengumuman Program Kolaborasi MTDC-UNIMAS
9.40 pagi: Sidang media
Mengenai Program MTDC Road2Growth 2023 (R2G)
Program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan objektif untuk memberi penerangan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MTDC iaitu program latihan usahawan teknologi di MTDC Technopreneur Training Academy (TENTRA), ruang operasi di pusat teknologi MTDC serta pelbagai khidmat tambah nilai (value-added services) dan khidmat nasihat (advisory services). Di samping itu, peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan penyedia solusi Revolusi Industri 4.0 di MTDC Centre of 9 Pillars® (Co9P®).
Program R2G yang dibuka secara percuma ini adalah platform terbaik untuk mencari peluang perniagaan dan menjalin kerjasama baru dengan berbagai pihak iaitu pemain industri, universiti, institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan atau swasta yang memerlukan bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi, terutama berkaitan Revolusi Industri 4.0 dalam perniagaan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mtdc.com.my/r2g2023/.
Sila klik di sini untuk poster
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Alvirah Mohd Natt
Naib Presiden, Komunikasi Korporat
Tel: 017 212 2802
E-mel: alvirah@mtdc.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|