|
|
|
|
|
|
Khamis 20/07/2023
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MESRA NIAGA PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan strategi seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Mesra Niaga PPZ-MAIWP.
Majlis akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Y.Bhg Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Dato' Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Y.Bhg Datuk Nor Azimah Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Encik Mohd Muazzam Mohamed.
Hari/Tarikh : Isnin 24 Julai 2023 | 6 Muharam 1445H
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang (Majlis bermula 11.30 pagi)
Tempat : Dewan Al-Qardhawi, Tingkat 7 Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Nur Izzati
Tel: 011-1192 1956
-BERNAMA |
|
|
|
|
|