|
|
|
|
|
|
Jumaat 21/07/2023
MAJLIS PRA PELANCARAN GREEN INDUSTRIAL PARK KOTA PUTERI (G.R.I.P)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal membangunkan Green Industrial Park Kota Puteri (G.R.I.P) yang berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) iaitu sebuah kawasan perindustrian yang menerapkan sistem keselamatan dan pengurusan. Inisiatif konsep pembangunan ini adalah untuk menyediakan taman perindustrian yang kondusif untuk para pelabur dan pekilang serta dapat memberikan nilai tambah kepada pembangunan perindustrian di kawasan perbandaran tersebut.
Sehubungan itu, PKNS mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya rakan-rakan media dapat menghantar wakil media (wartawan & jurugambar) untuk membuat liputan ke Majlis Pra Pelancaran Green Industrial Park Kota Puteri (G.R.I.P) yang diadakan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 25 Julai 2023
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Tapak G.R.I.P Kota Puteri Seksyen 11, 48100 Kota Puteri Rawang, Selangor
Program
9.00 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan & Dif-Dif Kehormat
10.00 Pagi : Ketibaan Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Bin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor
: Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor
: Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Ucapan Oleh :
Ucapan YBhg. Dato' Mahmud bin Abbas
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
: Ucapan Perasmian oleh :
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Bin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor
: Gimik Perasmian Green Industrial Park Kota Puteri
(G.R.I.P)
: "Plaque Signing Ceremony" ( G.R.I.P )
: Sidang Media
: Jamuan
1.00 Tengah Hari : Bersurai
Mohon kerjasama rakna-rakan media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi Zurina Yahya di talian 012-366 9953 atau Safryliyah di talian 017-632 9976.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pra pelancaran tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: ZURINA YAHYA
PEGAWAI MEDIA
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
E-mel: zurina@pkns.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|