ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 24, 2024 -Ahad

 
 
 

Selasa 19/09/2023

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENGUKUHAN MIKRO MADANI

Dengan hormatnya dimaklumkan YAB Perdana Menteri semasa pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023 telah mengumumkan peruntukan tambahan khusus untuk perusahaan mikro. Untuk makluman, di bawah SME Corp. Malaysia peruntukan ini akan dilaksanakan melalui Program Pengukuhan Mikro Madani yang menawarkan bantuan kewangan berbentuk geran, pinjaman dan insentif berkaitan penarafan. Sukacita dimaklumkan Majlis Pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani tersebut akan diadakan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 20 September 2023

Masa: 2.00 petang - 4.00 petang

Tempat: Hotel Marriott Putrajaya, IOI Resort City, 62502 Sepang,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tetamu Kehormat : YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi


PROGRAM

1.30 petang: Pendaftaran tetamu

1.45 petang: Ketibaan Dif-dif Kehormat

2.00 petang: Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

2.05 petang:

- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa

2.10 petang: Ucapan Aluan oleh
YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok
Pengerusi, SME Corp. Malaysia

2.20 petang: Ucapan Perasmian oleh
YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

2.40 petang:

- Gimik Pelancaran dan Montaj
- Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan Mock Cheque kepada Peserta Program TUBE 9.0

2.50 petang: Sesi Sidang Media

3.00 petang: Taklimat Program Pengukuhan Mikro Madani

- Geran Perniagaan Mikro;
- Pembiayaan Perniagaan Mikro; dan
- Baucar Status PMKS

: Sesi soal jawab

4.00 petang: Jamuan dan bersurai

Kerjasama rakan-rakan media untuk hadir dan mengesahkan kehadiran melalui borang kehadiran media (google form) https://docs.google.com/forms/d/1HPnHYc2J2pWCYuTmRctvfv-AWLre98F-s2Ks9tn3MJ8 adalah amat dihargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran Program Pengukuhan Mikro Madani tersebut.

Sumber: SME CORP MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Reza Kamal Ramli
Tel: 012-2969610
E-mel: reza@smecorp.gov.my

Nama: Puan Nur Farah Diyana Mohd Zahid
Tel: 012-329 6354
E-mel: farah.diyana@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.