|
|
|
|
|
|
Selasa 28/11/2023
Majlis Zakat Perniagaan Koperasi 2023
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Perniagaan Koperasi 2023.
Pada majlis tersebut dianggarkan 19 buah koperasi di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Hari/Tarikh: Khamis 30 November 2023
Masa: 10.30 pagi - 1.00 petang
Tempat: Ballroom Raja Laut, Hotel IDEAS, Kuala Lumpur
Program
10.30 pagi : Ketibaan tetamu / VIP
: Lafaz Akad
11.30 pagi : Ketibaan YB Senator Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im Hj
Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
11.40 pagi : Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
11.45 pagi : Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul
Aziz Abdul Rahman
Pengerusi PPZ-MAIWP
11.50 pagi : Ucapan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im
Hj Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
12.00 tengah hari : Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
: Sesi Bergambar
12.30 tengah hari : Jamuan Makan
: Majlis Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER :Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-393 5432
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|