ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Februari 25, 2024 -Ahad

 
 
 

Rabu 24/01/2024

PROGRAM LARIAN MAIWP RUN 2024 - POWERED BY PPZ

Sempena 50 Tahun Kegemilangan MAIWP, Koperasi PPZ Berhad dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan program larian MAIWP RUN 2024 - POWERED BY PPZ.

Pelepasan larian akan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan , Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya.

Hari/Tarikh: Ahad 28 Januari 2024

Masa: 6.30 pagi (flag off pada 6.45 pagi)

Tempat : Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2, Putrajaya.
(Pendaftaran Media di Booth PPZ-MAIWP)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program larian tersebut.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 - 393 5432

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.