|
|
|
|
|
|
Rabu 27/03/2024
JEMPUTAN MAJLIS IHYA' RAMADHAN DAN IFTAR PERDANA HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD DENGAN KERJASAMA FELCRA BERHAD DAN MASJID JAMEK AL ANSAR FELCRA CHANGKAT LADA
Halal Development Corporation Berhad (HDC) dengan kerjasama FELCRA Berhad akan mengadakan Majlis Ihya' Ramadhan dan Iftar Perdana bersama dengan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Masjid Jamek Al Ansar FELCRA Changkat Lada, Perak.
Sehubungan dengan itu, HDC sukacita menjemput Rakan Media Negeri Perak bagi sama-sama mengimarahkan majlis ini di samping meraikan penerima-penerima asnaf dan anak yatim yang dan juga warga FELCRA Seberang Perak. Ketetapan Majlis adalah seperti berikut:-
Hari/Tarikh: Ahad 31 Mac 2024
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Jamek Al Ansar
Felcra Changkat Lada, Kampong Gajah
Perak
Program
6.00 petang : Ketibaan Tetamu & Penerima Asnaf
6.30 petang : Ketibaan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri
: Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Ansar
: Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf dan Anak Yatim
: Tazkirah Ramadhan
: Berbuka
: Solat Maghrib
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar seorang wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu dan ekosistem Halal Negara secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); HDC merupakan agensi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati sesawang rasmi HDC di - www.hdcglobal.com
SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Komunikasi Korporat HDC
Tel: +6012 324 9703
E-mel: norsida.ahmad@hdcglobal.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|