ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 23, 2024 -Selasa

 
 
 

Khamis 04/07/2024

MAJLIS PERASMIAN JELAJAH HALAL MALAYSIA @ PAYA BESAR, KUANTAN PAHANG

Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Program Jelajah Halal Malaysia (JHM) @ Paya Besar, Kuantan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 6 Julai 2024

Masa: 11.30 tengah hari (Pendaftaran) hingga 2.30 ptg

Tempat: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah


Aturcara

11.30 tghari : Pendaftaran Media / Jamuan Makan Tengahari

12.30 tghari : Ketibaan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Pahang

Bacaan Doa

Tayangan Video Korporat HDC

Ucapan Aluan oleh YBrs. En. Khairul Azwan Harun, Pengerusi, HDC

Ucapan oleh YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang

Ucaptama dan Majlis Perasmian Jelajah Halal Malaysia@Paya Besar, Pahang oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)

Penyampaian Cenderahati

2.00 petang : Sidang Media / Majlis Bersurai

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran Halal kepada masyarakat setempat dan para usahawan di negeri Pahang khususnya di Paya Besar di samping menggalakkan penglibatan pemain industri Halal dari pelbagai sektor seperti Makanan dan Minuman, Bahan Ramuan serta Pelancongan, selain memberi pendedahan mengenai peluang dan bantuan yang boleh diperolehi di dalam industri halal.

Acara Perasmian JHM @ Paya Besar ini akan disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Y.B. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Pengerusi HDC, Encik Khairul Azwan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Hairol Ariffein Sahari.

Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu dan ekosistem Halal Negara secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); HDC merupakan agensi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati sesawang rasmi HDC di - www.hdcglobal.com.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut.

SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Komunikasi Korporat HDC
Tel: +6012 324 9703
Emel: norsida.ahmad@hdcglobal.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.