|
|
|
|
|
|
Jumaat 12/07/2024
JEMPUTAN MEDIA : 24 SYARIKAT KORPORAT SERAH BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2024.
Pada majlis tersebut sebanyak 24 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Hari/Tarikh : Selasa 16 Julai 2024
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel : 017-393 5432
-BERNAMA |
|
|
|
|
|