|
|
|
|
|
|
Selasa 24/09/2024
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM "DIALOG MERDEKA: MEMAHAMI SEJARAH MELALUI KEPIMPINAN"
Yayasan Kepimpinan Perdana akan menganjurkan program "Dialog Merdeka: Memahami Sejarah Melalui Kepimpinan" pada hari Rabu, 25 September 2024, dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya.
Program ini dianjurkan bersempena Pameran Kemerdekaan yang sedang berlangsung sehingga 30 September 2024, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan Malaysia serta cabaran yang ditempuhi oleh para pemimpin dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.
Untuk program ini, ahli panel terdiri daripada YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama, Institut Kajian Etnik, UKM, YBhg Prof Dato' Ahmad Murad Merican, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, ISTAC, IIUM dan YBrs Prof Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail, Pensyarah Kanan Sains Politik, UKM selaku moderator.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, akan memberikan ucapan penutup pada program ini.
Sehubungan dengan itu, Yayasan Kepimpinan Perdana dengan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan program ini dengan ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 25 September 2024
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya
PETA LOKASI
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana
www.perdana.org.my
Yayasan ini merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Januari 2003 untuk mendokumentasikan, menyebarkan, menjalankan kajian, dan mengarkibkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu serta pembangunan negara. Yayasan ini berhasrat untuk menjadi institusi utama dalam kajian mengenai Perdana Menteri Malaysia serta pusat rujukan utama bagi penyelidikan kepimpinan negara, selain menjadi platform untuk refleksi, perdebatan, dan perbincangan bersama tokoh-tokoh terkemuka dalam kepimpinan Malaysia. Presiden Kehormat kami ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Sehingga kini, kami telah mendigitalkan lebih daripada 250 ribu bahan yang boleh diakses secara percuma melalui laman web kami, www.perdana.org.my.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Yayasan Kepimpinan Perdana
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Humaira Kamarulzaman
Eksekutif, Pengurusan Acara & Penerbitan
Tel: 03 - 8885 8960
Emel: humaira@perdana.org.my, nhkperdana@gmail.com
-BERNAMA |
|
|
|
|
|