|
|
|
|
|
|
Jumaat 27/09/2024
JEMPUTAN MEDIA : KERJASAMA PPZ-MAIWP DAN HOSPITAL PAKAR PUSRAWI DALAM MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENUNAIKAN ZAKAT
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Hospital Pakar PUSRAWI KL akan mengadakan Majlis Pelancaran Kad Setia & Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena kerjasama yang dilaksanakan dalam menyediakan nilai tambah untuk para pembayar zakat.
Majlis akan dihadiri oleh Pengerusi Pusrawi Heritage Sdn Bhd, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir dan Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pusrawi Heritage Sdn Bhd, YBrs. Puan Farahiyah Binti Badri.
Hari/Tarikh : Rabu 2 Oktober 2024
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Hospital Pakar PUSRAWI KL
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Fatin Aqilah
Tel : 017-393 5432
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|