ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 04, 2024 -Rabu

 
 
 

Selasa 22/10/2024

PROGRAM JELAJAH HAWANA 2024 BERSAMA SISWA DITERUSKAN DI ZON SABAH

Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa bagi Zon Sabah akan disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar dan pensyarah Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada program ini akan turut diadakan tiga sesi perkongsian ilmu yang membincangkan topik berkenaan Mobile Journalism (MoJo), Fact Check dan ceramah "Klik Dengan Bijak".

YBhg. Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan YBrs. Puan Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024 akan hadir semasa program ini.

Wakil media dijemput membuat liputan bagi program ini pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 25 Oktober 2024

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah


Aturcara

8.30 pagi : Pendaftaran mahasiswa

: Ketibaan Tetamu Jemputan

9.30 pagi : Ketibaan Dif-dif Kenamaan

9.45 pagi : Nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku

: Nyanyian Lagu Bertekad Cemerlang

: Bacaan Doa

10.00 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

: Ucapan oleh Yang Berusaha Puan Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024

: Penyerahan Sumbangan

: Penyampaian Cenderamata

: Sesi bergambar

10.30 pagi : Sesi 1: Mobile Journalism
Panel: Tn. Syed Iylia Hariz Al-Qadri, Wartawan Kanan Meja Digital Media BERNAMA

11.30 pagi : Rehat / Makan tengah hari

2.00 petang : Sesi 2: Fact Check
Panel: Puan Sakina Mohamed, Editor MyCheck Malaysia dan Unit Data Journalism Bernama

3.00 petang : Sesi 3: Klik Dengan Bijak
Panel: Cik Nadia Yussof, Timbalan Pengarah MCMC Sabah,Bahagian Koordinasi Negeri

4.00 petang : Majlis Selesai

SUMBER : URUSETIA PROGRAM JELAJAH HAWANA 2024 BERSAMA SISWA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Azlin / Puan Fateha
Tel : 017-388 8421 / 019-238 9855

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.