|
|
|
|
|
|
Isnin 09/12/2024
JEMPUTAN MEDIA : 21 SYARIKAT KORPORAT TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2024.
Pada majlis tersebut sebanyak 21 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Butiran majlis seperti di bawah:
Hari / Tarikh: Selasa 10 Disember 2024 / 8 Jamadilakhir 1446H
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-393 5432
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|