|
|
|
|
|
|
Khamis 16/01/2025
MAJLIS FLAG-OFF KERETA E-HAILING SEMPENA SESI PEMUKIMAN MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI ASEAN (AMM RETREAT) OLEH KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan menyempurnakan Majlis Flag-Off Kereta E-Hailing bersempena dengan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat).
KSN turut mengadakan tinjauan ke sesi Raptai Penuh persiapan sesi Pemukiman serta program-program sampingan di semua lokasi yang terlibat.
Wakil-wakil media adalah dijemput untuk hadir membuat liputan bagi program-program berikut:
a) Majlis Flag-Off Kereta E-Hailing bersempena dengan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat)
Hari/Tarikh: Khamis, 16 Januari 2025
Masa: 12.50 tengah hari
Tempat: Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Pakaian:
Lelaki: Smart Casual / Baju Korporat
Perempuan: Yang Bersesuaian
Tentatif Program
12.50 tengah hari: Ketibaan YBhg. Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri
1.05 tengah hari: Ketibaan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara
1.10 tengah hari: Pemeriksaan susunan motorked rasmi Menteri Luar Negeri di pintu Kompleks Lang Merah
: Motorked Menteri Luar Negeri beredar dari Kompleks Lang Merah
: 30 buah kereta e-hailing mewakili syarikat MyCar, Grab dan RODEO bergerak masuk ke Kompleks Lang Merah
: Penampalan pelekat kenderaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dan flag-off kereta e-hailing
: Kereta e-hailing beredar dari Kompleks Lang Merah
1.20 tengah hari: Majlis Bersurai
b) Tinjauan Raptai Penuh persiapan sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN
Masa: 3.45 petang
Tempat: Grand Ballroom 2, LICC, Langkawi, Kedah
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis-majlis tersebut.
Sumber: Media Secretariat Team, ASEAN Foreign Ministers' (AMM) Retreat 2025
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Zaria
Tel: 019 2550841
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|