ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SYARIKAT KEWANGAN PEMBIAYAAN DAN PENGELUARAN TERKENAL AMERIKA, IVANHOE PICTURES MENANDATANGANI PERJANJIAN BERJUTA DOLAR DENGAN 42ND PICTURES SDN BHD UNTUK MEMPEROLEHI HAK PEMBUATAN SEMULA 'TERBALIK / UPSIDE DOWN', UNTUK 34 NEGARA DI SELURUH DUNIA

Monday 21/08/2017



KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengeluaran Malaysia yang terkenal dengan filem Nota, 42nd Pictures Sdn Bhd, yang diasaskan oleh Yasu dan Bea Tanaka, telah mengumumkan perjanjian mereka dengan Ivanhoe Pictures, sebuah syarikat Hollywood, untuk pengadaptasian filem mereka, TERBALIK / UPSIDE DOWN, secara rasminya pada 18 Ogos 2017, Jumaat, lalu di FINAS Hulu Kelang - Pawagam Mini P.Ramlee. Perjanjian ini telah melakar sejarah kerana ia merupakan julung kalinya perjanjian seumpamanya dimeterai untuk hasil seni Malaysia. 

TERBALIK / UPSIDE DOWN adalah lakon asli yang dikarang oleh Yasu Tanaka, pengarah dan penulis NOTA. Filem NOTA berjaya meraih Anugerah Skrin Terbaik untuk Festival Filem Malaysia 2016 (FFM28) manakala Maya Karin, pelakon utama NOTA, memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk Anugerah Skrin 2016.

Ivanhoe Pictures telah membaca skrip TERBALIK / UPSIDE DOWN semasa Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017 dan telah memperoleh hak pembuatan semula untuk filem tersebut di 34 negara termasuk Amerika Utara, Perancis, United Kingdom, China, Korea Selatan, Sepanyol, Amerika Latin, India dan Vietnam. Pengeluaran filem pembuatan semula berdasarkan layar asal TERBALIK / UPSIDE DOWN akan bermula dengan Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Ivanhoe Pictures (sebuah syarikat SK Global) adalah sebuah entiti filem dan pembiayaan televisyen serta pengeluaran, yang membangun, menghasil, dan memperoleh kandungan untuk tontonan global. Selain menghasilkan (dengan Fox International Productions) filem hit Korea tahun lalu THE WAILING, Ivanhoe bekerjasama dengan Beijing Hairun Pictures untuk bintang CBA Stephon Marbury biopik MY OTHER HOME, yang ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2017 dan dikeluarkan di China pada 4 Ogos. Pada masa ini juga, Ivanhoe sedang dalam proses pengeluaran adaptasi CRAZY RICH ASIANS, yang diarah oleh Jon Chu dan akan dikeluarkan oleh Warner Bros ke seluruh dunia pada awal tahun 2018.

John Penotti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Ivanhoe Pictures, berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan 42nd Pictures dalam pengadaptasian TERBALIK / UPSIDE DOWN. Kami baru sahaja menghabiskan masa setahun di Malaysia untuk menyiapkan penggambaran "Crazy Rich Asians" dan kami telah menikmati masa kami di Malaysia.”

“Yasu dan Bea (Tanaka) telah menjadi kawan dan rakan perniagaan kami dan dengan pembuatan semula UPSIDE DOWN (TERBALIK), kami berpeluang untuk meneruskan kerja kami dengan rakan Malaysia kami,” kata John.

Walaupun TERBALIK / UPSIDE DOWN masih belum dimulakan penggambaran, 42nd Pictures mengesahkan bahawa papan cerita (storyboard) telah ditetapkan. Filem ini berjaya memenangi Anugerah Penghasilan Aurora Media, dengan memperolehi SGD20,000, semasa Forum Pembiayaan Asia Tenggara (SAFF) 2016 yang diadakan di Singapura. TERBALIK / UPSIDE DOWN juga telah berjaya disenarai pendek untuk Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017 - menjadikan ia satu-satunya projek Malaysia daripada 24 projek yang disenarai pendek tahun ini.

TERBALIK / UPSIDE DOWN, sebuah filem bahasa Melayu, mempunyai potensi nilai RM12 hingga 16 juta melalui perjanjian Ivanhoe Pictures ini. Filem ini adalah cerita seram yang menggambarkan kisah seorang pelakon yang terperangkap dalam bangkai kereta terbalik di dalam hutan dan seterusnya diseksa oleh sekumpulan lelaki yang sadis. TERBALIK / UPSIDE DOWN dihasil oleh Bea Tanaka, diarah oleh Yasu Tanaka, dan dibintangi oleh Bront Palarae. 

Acara itu turut dihadiri oleh Dato' Azmir Saifuddin Muthalib, Timbalan Ketua Pengarah FINAS dan Dato' Mahyidin Mustakim, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM).

https://drive.google.com/drive/folders/0B6OTrI2x3cxHcXhndEtpczJmblU?usp=sharing

Tentang 42nd Pictures Sdn Bhd
42nd Pictures Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluaran di Kuala Lumpur yang diasaskan oleh Bea dan Yasu Tanaka, adalah pencipta pelbagai kandungan yang terdiri daripada filem-filem, siri TV, animasi dan banyak lagi pengeluaran yang berkualiti antarabangsa untuk pasaran global. NOTA, yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal Malaysia seperti Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, dan pelakon Jepun, Rin Izumi, merupakan salah satu produksi mereka yang paling terkemuka.

Tentang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang ditubuhkan pada tahun 1981, telah dibangunkan dengan visi menjadi pemangkin industri filem kebangsaan ke pelosok dunia. Pada tahun 2012, Kabinet bersetuju dengan cadangan menggabungkan FINAS dengan Filem Negara Malaysia (FNM), yang diterajui oleh FINAS, untuk menggabungkan fungsi baru untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui pengeluaran filem dan rekod liputan acara untuk tujuan arkib. Ini membawa kepada kerjasama FINAS dan Filem Negara Malaysia (FNM) pada 1 Januari 2013. 

Tentang Ivanhoe Pictures
Pembiaya antarabangsa Robert Friedland dan penerbit John Penotti membentuk Ivanhoe Pictures pada akhir tahun 2013. Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Friedland memperoleh syarikat lama Penotti, GreeneStreet Films, yang telah menghasilkan lebih daripada 30 filem bebas yang cemerlang. Sejak itu, Ivanhoe telah membiayai dan menghasilkan filem-filem di seluruh Asia, dengan bertumpu pada China, Korea dan India. Mereka juga aktif dalam pelbagai peringkat pengeluaran dan telah banyak bekerjasama dengan Blumhouse Productions Jason Blum (di India dan Korea) Fox International Productions.

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Samentha James
PR & Communications Executive at
Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 518 7186
Emel: samentha.james@gcma.tv

--BERNAMA







 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.