ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KAYUHAN MERDEKA PASUKAN BERBASIKAL MITI DAN AGENSI DI PROGRAM KL PAGI BEBAS KENDERAAN

Monday 21/08/2017


Tiga dari kiri: YBhg. Datuk Isham Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI bergambar bersama tiga (3) peserta OKU penglihatan dalam aktiviti Kayuhan Merdeka MITI dan agensi 2017



KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 39 orang dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi-agensi di bawah MITI telah turut serta dalam Kayuhan Merdeka (Merdeka Bicycle Ride) dalam Program ‘KL Pagi Bebas Kenderaan’ (KL Car Free Morning) yang diadakan pada 20 Ogos 2017 (Ahad), jam 7 pagi hingga 9 pagi, bermula dari Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), melibatkan laluan kayuhan sejauh tujuh (7) kilometer. MITI dan agensi diketuai oleh YBhg. Datuk Isham Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), MITI.

Dalam pada itu, MITI turut bergabung bersama (friendly cycle) peserta kayuhan dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang diketuai oleh YB Datuk Hamim Samuri, Timbalan Menteri NRE.

Uniknya aktiviti kayuhan kali turut melibatkan tiga (3) kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan yang menaiki basikal tandem. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan integrasi antara OKU dan bukan OKU untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan menyuntik semangat juang dalam kalangan warga MITI dan agensi. Tiada yang mustahil untuk mencapai impian walaupun dalam keadaan kekurangan, bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Kayuhan merdeka pasukan berbasikal MITI dan agensi ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dijadualkan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat MITI selain, menyokong program KL Pagi Bebas Kenderaan yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta juga bertepatan dengan semarak semangat juang #bangkitbersama sempena Sukan SEA yang ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sekarang.

Upacara flag-off telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Naim Mohammad, Pengerusi Program KL Pagi Bebas Kenderaan.

Tentang MITI:
MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tel : +603 6200 0082
Fax : +603 6206 4293
Email : allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.