ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  CHANGCHUN MENGESYORKAN 120 SYARIKAT TEMPATAN KEPADA DUNIA

Thursday 28/09/2017



AsiaNet 70320

CHANGCHUN, China, 28 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kerajaan bandar raya Changchun di timur laut China telah memperkenalkan 120 buah syarikat tempatan yang mempunyai kualiti dan kredibiliti yang tinggi kepada dunia dalam satu acara baru-baru ini, yang bertujuan untuk menggalakkan tarikan pelaburan asing dan membina bandar raya itu sebagai sebuah pusat serantau di Timur Laut Asia.Changchun berada di pusat geografi di wilayah timur laut China dan Timur Laut Asia.  

Ia mempunyai empat zon pembangunan bertahap nasional dan sebuah daerah baharu bertahap nasional. Ia adalah sebuah pangkalan perindustrian dan pangkalan bijian komoditi yang penting di China. Dengan automobil, produk pertanian dan pembuatan peralatan sebagai tiga industri tunggak mereka, bandar raya itu juga mempunyai enam industri baru muncul yang strategik termasuk bioperubatan, tenaga baharu dan maklumat fotoelektrik. Bandar raya itu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus pada separuh pertama tahun ini, mengatasi purata kebangsaan dan mendahului bandar raya utama yang lain di rantau itu.

Jia Lina, timbalan datuk bandar bagi Changchun, berkata sebagai sebuah bandar raya yang penting di sepanjang koridor ekonomi China-Mongolia-Rusia dan strategi pembukaan Changchun-Jilin-Tumen kebangsaan, Changchun mempunyai 10 kelebihan termasuk lokasinya, sumber, pendidikan, asas perindustrian, faktor-faktor pengeluaran yang mencukupi, pelbagai zon dan taman pembangunan, persekitaran dan dasar yang menggalakkan. Bandar raya itu juga berhasrat untuk terus membuka dan bergabung ke dalam pembangunan ekonomi dunia.

Kumpulan First Automobile, CRRC Changchun Railway Vehicles Co., Kumpulan Changchun Ouya, Dirui Industrial Co., Kinglaser Co. dan Kumpulan Haoyue adalah di antara syarikat-syarikat yang berada di dalam senarai itu. Keistimewaan tempatan seperti beras Changchun juga telah dipromosikan.
 
Qi Guohua, pengarah bagi pejabat hal ehwal luar bagi bandar raya itu, berkata Changchun terkenal dengan automobil, filem, arca, pendidikan sains dan penghijauan, dan dinobatkan sebagai sebuah bandar raya kebahagiaan selama sembilan tahun berturut-turut. Promosi itu akan membantu syarikat-syarikat di bandar raya itu untuk "bersifat global" dan menarik lebih banyak pelaburan. Satu kerjasama antarabangsa yang mantap adalah sesuai kepada pembukaan dan pembangunan bandar raya itu sebagai pusat serantau bagi Timur Laut Asia.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Changchun 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.