ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​LE CORDON BLEU LANCAR "DIPLOMA MASAKAN JEPUN"

Monday 04/12/2017



AsiaNet 71291

TOKYO, 30 Nov., 2017 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

 
Le Cordon Bleu, sebuah rangkaian institut pengurusan seni masak-memasak dan hospitaliti global yang terkemuka di dunia, secara rasmi melancarkan "Diploma Masakan Jepun" mereka pada 21 November semasa satu majlis di institut Tokyo di hadapan anggota media asing dan tempatan. Semasa majlis berkenaan, kursus baharu itu yang bermula pada Oktober 2017 telah dibentangkan.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201711298483/?images)
 
Program Diploma Masakan Jepun selama 6 bulan itu dibahagikan kepada empat tahap -- permulaan, asas, pertengahan dan tinggi -- dan menawarkan teknik dan pengetahuan mengenai budaya masakan yang kaya melalui kelas-kelas praktikal, aktiviti pengalaman kebudayaan, dan lawatan industri. Surat perakuan oleh bekas-bekas graduan yang mempelajari masakan Jepun dan program pembangunan sumber manusia budaya makanan turut diperkenalkan pada majlis tersebut. "Di London, semakin ramai orang memahami bukan sahaja makanan Jepun dan 'Kaiseki' tetapi juga falsafah dan pengalaman makan, oleh itu saya akan membawa kembali apa yang saya pelajari di sini...," kata Junhua Ni, yang juga memperolehi diploma masakan Perancis di Le Cordon Bleu Tokyo dan Paris.

Sebelum mencuba hidangan masakan Jepun, Chef Kiyoaki Deki, Pengarah Teknikal bagi Masakan Jepun, menunjukkan kemahiran menggunakan pisau dan teknik memasak yang lain di hadapan para hadirin. Sejarah institut itu telah disampaikan oleh Gilles Company, Chef Eksekutif di Le Cordon Bleu Jepun, bersama-sama dengan satu pengenalan kepada diploma masakan Jepun, termasuk pengajar dan pensyarah chef bertaraf dunia untuk program itu.

Le Cordon Bleu Jepun telah diiktiraf sebagai institut masakan antarabangsa yang pertama di Jepun yang ditauliahkan oleh TOW Co. Ltd., badan permohonan/pengurusan, untuk mengeluarkan "Persijilan Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Luar Negeri," garis panduan rasmi yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan.

Dengan satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 35 buah sekolah di 20 buah negara, misi Le Cordon Bleu adalah untuk mengajar pelbagai program latihan teknikal dan universiti untuk bekerja di restoran, hotel dan industri pelancongan. Ditubuhkan pada tahun 1895, Le Cordon Bleu mempunyai lebih 120 tahun kecemerlangan di dalam pengajaran. "Kejayaan kami, reputasi kami tidak lain tetapi kejayaan pelajar-pelajar kami...Kami berada di sini untuk melahirkan pelajar yang berjaya di negara mereka, dan membantu mereka menggalas kerjaya mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Le Cordon Bleu, Andre Cointreau semasa majlis tersebut.
 
Laman web: https://www.cordonbleu.edu/japan/home/en
 
SUMBER: Le Cordon Bleu Jepun

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.