ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ODAKYU ELECTRIC RAILWAY MENGELUARKAN "PAS HAKONE KAMAKURA" -- TIKET LAWATAN YANG MEMBOLEHKAN PELANCONG ASING UNTUK MELANCONG SECARA BEBAS KE TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN YANG POPULAR DI PINGGIR BANDAR RAYA TOKYO

Friday 08/12/2017



AsiaNet 71398

TOKYO, 6 Dis., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

 
Odakyu Electric Railway Co., Ltd. telah mula menjual "PAS HAKONE KAMAKURA" – tiket lawatan diskaun baharu yang secara eksklusif dikhaskan untuk pelawat asing ke Jepun – bermula dari 1 Disember, 2017. Ia adalah tiket lawatan yang sangat menjimatkan yang boleh membantu pelawat asing memulakan perjalanan dari terminal Shinjuku, stesen terminal Odakyu di Tokyo, dan menikmati sepenuhnya melawat ke tempat-tempat pelancongan yang popular berhampiran Tokyo seperti "Hakone," di mana seseorang dapat menikmati alam semula jadi dan mata air panas dari musim ke musim di kaki Gunung Fuji, dan "Enoshima-Kamakura," sebuah destinasi pelancongan tepi laut di mana seseorang boleh merasakan alam semula jadi dan sejarah, di antara ciri-ciri lain yang menarik.

Sekeping "PAS HAKONE KAMAKURA" membolehkan pelancong untuk menaiki dan turun daripada kereta api secara bebas di semua laluan Odakyu yang menghubungkan Shinjuku dengan kawasan Hakone dan kawasan Enoshima-Kamakura, serta lapan jenis pengangkutan di kawasan Hakone dan di laluan Enoshima Electric Railway Co., Ltd. (Enoden). Dengan menunjukkan pas itu, seseorang boleh menerima perkhidmatan percuma di kira-kira 70 kemudahan seperti restoran dan muzium seni terutamanya di kawasan Hakone dan kawasan Enoshima-Kamakura. Pas itu, yang sah untuk tempoh tiga hari, berharga 6,500 yen bagi orang dewasa.
 
Butiran: http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone_kamakura/
 
Risalah:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PA1fl_VE6eV9YM.pdf
 
Butiran bagi "PAS HAKONE KAMAKURA"
1. Tarikh dikeluarkan: 1 Disember (Jumaat), 2017
2. Kaunter tiket: Pusat Perkhidmatan Persiaran Odakyu Shinjuku (berhampiran pintu tiket keluar barat di Stesen Odakyu Shinjuku)
3. Harga: 6,500 yen bagi orang dewasa dan 2,250 yen bagi kanak-kanak yang berumur antara  6 dan 11 tahun
4. Tempoh sah: Tiga hari
5. Kawasan yang diliputi oleh pas itu:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PI2fl_g42MxyQF.png
 
Pas itu membolehkan perjalanan tanpa had ke atas kenderaan berikut:
- Kereta api di antara Shinjuku dan kawasan Hakone dan di antara Shinjuku dan kawasan Enoshima-Kamakura: Kereta api adalah di semua laluan Odakyu
* Satu tiket ekspres terhad diperlukan untuk menggunakan ekspres terhad Odakyu "Romancecar."
 
- Kawasan Hakone:
Laluan Hakone Tozan, Kereta Kabel Hakone Tozan, Lif Gondola Hakone, Pelayaran Persiaran Hakone, Bas Lebuh Raya Odakyu Hakone (di zon yang ditetapkan), Bas Hakone Tozan (di zon yang ditetapkan), Bas Kanko Shisetsu-Meguri (Bas Hakone Tozan), Bas Ulang-alik Oren Tokai (di zon yang ditetapkan)
 
Butiran mengenai kawasan Hakone:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PI3fl_jHl93u2C.jpg
 
- Kawasan Enoshima-Kamakura: Kesemua laluan Enoden
Butiran mengenai kawasan Enoshima-Kamakura:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PA2fl_KrC728pW.pdf
 
6. Keistimewaan
Dengan menunjukkan pas itu, seseorang boleh menerima keistimewaan seperti diskaun di kira-kira 70 kemudahan, termasuk restoran dan muzium seni, di kawasan Hakone dan Enoshima-Kamakura.
 
Maklumat mengenai Odakyu Electric Railway Co., Ltd.
Odakyu Electric Railway, yang ditubuhkan pada tahun 1948, merupakan satu daripada syarikat kereta api swasta yang utama di Jepun. Dengan terminal pengangkutan pusat "Shinjuku" di ibu kota Jepun, laluan Odakyu dilanjutkan sehingga ke "Hakone," satu daripada destinasi pelancongan mata air panas yang penting di Jepun, dan "Enoshima-Kamakura," bandar tepi laut yang bersejarah yang berdekatan dengan pusat bandar raya, dan ia digunakan bukan sahaja untuk tujuan bersiar-siar tetapi juga oleh dua juta orang penumpang untuk ke tempat kerja pada setiap hari. Selain daripada pengangkutan, Odakyu menjalankan pelbagai perniagaan lain, terutamanya di kawasan Tokyo dan Kanagawa, seperti gedung beli-belah, pasar raya, hartanah, hotel dan restoran.
 
SUMBER: Odakyu Electric Railway Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.