ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  LAMAN ULASAN KOSMETIK UTAMA ASIA @COSME MENGUMUMKAN "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017"

Friday 08/12/2017



AsiaNet 71423

TOKYO, 7 Dis, 2017 /Kyodo JBN–AsiaNet/ --

 
istyle Inc. (TSE Seksyen Pertama, Kod Syarikat: 3660), yang merupakan pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada laman ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia, mengumumkan “@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017” pada 7 Disember 2017. Anugerah itu mencerminkan trend kecantikan Jepun pada tahun 2017.
 
(Imej 1: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068742-O4-8m5W35Li)
 
Maklumat mengenai @cosme:
@cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk penjagaan kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas.
 
(Imej 2: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068742-O5-RU29yKv8)
 
Maklumat mengenai "@cosme Anugerah Kosmetik Terbaik:
Anugerah itu meliputi produk kosmetik dan produk kecantikan yang mendapat sokongan yang paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis pada tahun 2017 oleh ahli-ahli @cosme yang sebenarnya menggunakan produk tersebut. Pemenang bagi anugerah itu dipilih mengikut kedudukan produk. Barisan produk yang memenangi anugerah, yang mencerminkan pendapat pengguna biasa, telah menarik perhatian daripada pelbagai pihak dari pengguna sehingga kepada pegawai-pegawai di dalam industri kecantikan.

"Lip Tint" keluaran OPERA memenangi Hadiah Utama:
Hadiah Utama 2017 dimenangi oleh "LIP TINT", yang dihasilkan oleh OPERA, yang menerima respons yang paling tinggi daripada pengguna di @cosme.
 
(Imej 3: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068742-O3-669uQS0p)
 
Sila rujuk kepada laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bahasa Jepun
http://www.cosme.net/bestcosme/2017/
Bahasa Inggeris
http://us.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Cina Tradisional
http://tw.cosme.net/bestcosmeRankings 
Bahasa Cina Dipermudahkan
http://cn.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Korea
http://kr.cosme.net/bestcosmeRankings
 
istyle Inc. mengumumkan kedudukan yang sama, "2017 UrCosme (@cosme TAIWAN) ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK," yang mencerminkan trend kecantikan Taiwan bagi tahun 2017 pada hari yang sama pada laman kumpulan mereka "UrCosme (@cosmeTAIWAN)," yang merupakan sebuah laman ulasan dan maklumat kecantikan di Taiwan. Anugerah ini adalah didasarkan kepada kedudukan bagi produk yang mendapat sokongan yang paling banyak daripada pengguna. Pada tahun ini, Hadiah Utama UrCosme (@cosmeTAIWAN) dimenangi oleh "Lipstik Super Lustrous" dari REVLON.

Sila rujuk kepada laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bahasa Cina Tradisional sahaja
https://www.urcosme.com/beauty-awards/2017/annual_index
 
SUMBER: istyle Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.