ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  VIDEO PROMOSI BAGI DAERAH HUANGPU, GUANGZHOU MUNCUL BUAT PERTAMA KALINYA DI TIMES SQUARE

Friday 08/12/2017

AsiaNet 71471

GUANGZHOU, China, 8 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ketika Forum Fortune Global 2017, yang dikenali sebagai "jendela paling jelas dan paling langsung kepada ekonomi global", diadakan di Guangzhou, China dari 6 hingga 8 Disember, "Huangpu - Harapan", sebuah video promosi bagi Daerah Huangpu, Guangzhou  akan ditayangkan di Times Square di Bandar Raya New York pada 7 Disember waktu tempatan untuk mempertontonkan daya tarikan metropolitan bagi bandar raya yang mesra alam ini sebagai sebuah hab antarabangsa bagi inovasi, menurut Kerajaan Rakyat bagi Daerah Huangpu, Guangzhou, China.

Daerah itu, yang terletak di timur Guangzhou dan meliputi sebuah kawasan seluas 486 kilometer persegi, berfungsi sebagai sebuah "medan graviti" untuk Koridor Inovasi Sains dan Teknologi Guangzhou-Shenzhen dan Kawasan Teluk Greater Guangdong-Hong Kong-Macao.

Daerah itu mempunyai blok-blok inovasi utama bagi Guangdong, seperti Bandar raya Ilmu Sino-Singapura Guangzhou, Bandar raya Sains Guangzhou, Pulau Biotek Antarabangsa Guangzhou, Kawasan Huangpu & Yunpu dan Zon Ekonomi Pelabuhan Huangpu. Ia mengumpulkan pelbagai projek "IAB" seperti Pangkalan Inkubasi Inovasi Telekom China di China Selatan, Pangkalan Perindustrian Pesawat Pintar Ehang dan Taman Biotek GE, dengan menarik penyertaan hampir 700 institusi R&D, 3,400 perusahaan milik asing dan lebih 150 projek dari syarikat-syarikat Fortune Global 500.

Pada Ogos 2017, Institut Penyelidikan Cold Spring Harbor (Guangzhou) dan Pusat Transformasi Pencapaian Saintifik dan Teknologi, sebuah projek kerjasama biosains yang bertaraf dunia, secara rasminya menetap di Daerah Huangpu. Lebih 600 ketua eksekutif korporat dari seluruh dunia datang ke sini untuk kerjasama perniagaan. Sebelas projek yang melibatkan syarikat-syarikat Fortune Global 500 dan 67 projek utama yang lain telah menetap di sini, dengan jumlah pelaburan melebihi RMB 150 bilion.

Mengadakan Forum Fortune Global 2017 itu di Guangzhou menawarkan kepada Huangpu dengan satu peluang untuk menggunakan tarikan magnet mereka ke seluruh dunia dari segi inovasi teknologi.

Dengan berlatar belakangkan bunga plum, yang melambangkan aspirasi untuk yang terbaik, tayangan perdana ini di Times Square akan menunjukkan sejarah budaya Huangpu yang kaya dan kesegaran yang menakjubkan di dalam inovasi. Oleh kerana Huangpu secara kebetulan mempunyai bunyi seperti perkataan harapan, ia boleh menjadi peringatan mudah bahawa Daerah itu adalah seakan suatu buaian harapan dan peluang bagi pertumbuhan yang berterusan di masa hadapan.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Daerah Huangpu, Guangzhou, China
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=302616

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.