ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  AMAZON STUDIOS MEMBERI LAMPU HIJAU KEPADA UTOPIA, MENDAPATKAN GILLIAN FLYNN UNTUK KESELURUHAN URUS JANJI

Friday 20/04/2018



Flynn, pengarang yang bukunya laris dan telah memenangi anugerah dan penulis skrip lakon layar bagi Gone Girl dan Sharp Objects, akan menjadi pencipta, penerbit eksekutif dan showrunner atau orang yang mempunyai kuasa kreatif dan tanggungjawab secara keseluruhan bagi Utopia, satu siri baharu eksklusif untuk Prime Video di lebih 200 buah negara dan wilayah


SEATTLE, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NASDAQ: AMZN) — Amazon Studios hari ini mengumumkan bahawa ia telah memberi lampu hijau dengan membuat komitmen untuk membeli dan menyiarkan Utopia, satu siri mengandungi sembilan episod dari pemenang anugerah Gillian Flynn, pengarang yang bukunya laris dan penulis skrip lakon layar bagi Gone Girl yang dicalonkan untuk Golden Globe dan filem HBO yang sangat dijangkakan Sharp Objects. Flynn juga telah menandatangani satu perjanjian keseluruhan dengan Amazon Studios untuk televisyen, menandakan Utopia sebagai projek pertama. Utopia akan tersedia secara eksklusif di Prime Video di lebih 200 buah negara dan wilayah.

Utopia didasarkan kepada siri British dengan nama yang sama yang ditulis oleh Dennis Kelly. Siri itu merupakan satu penerbitan bersama di antara Endemol Shine North America dan Kudos, sebuah studio penerbitan Endemol Shine Group UK, dan Amazon Studios.

Sekumpulan anak muda, yang bertemu dalam talian, telah diburu tanpa belas kasihan oleh sebuah organisasi berpengaruh yang terlibat dalam manipulasi jahat setelah mereka memiliki sebuah novel grafik kultus mitos bawah tanah – mereka menemui teori konspirasi di halaman-halaman komik itu yang mungkin benar dan dipaksa berada dalam situasi berbahaya, unik dan ironik untuk menyelamatkan dunia.

"Kami adalah peminat setia karya menggetarkan oleh Gillian Flynn," kata Nick Hall, Ketua bagi Siri Alternatif untuk Amazon Studios. "Beliau menghidupkan cerita yang menyaksikan penonton beliau berada dalam keadaan saspens yang berterusan dan mensubversikan harapan daripada watak-watak beliau. Beliau akan memberikan kepada ahli-ahli dengan satu siri Prime Video yang mereka tidak akan lupakan, dan kaitan Utopia pasti dapat dihubungkan dengan penonton di seluruh dunia."

"Utopia adalah suatu yang sangat menarik dan kreatif kepada saya. Persembahan Dennis Kelly mengujakan minda saya, dan beliau sangat bermurah hati untuk membiarkan saya menyelami dunia beliau dan bermain di dalamnya dan menjadikannya sebuah alam liar di luar realiti bagi saya. Utopia adalah mengenai menerokai isu-isu beresonans di dalam penceritaan yang berpintal dan gelap — ia adalah satu siri yang sangat penting dan semasa dan sedikit mengarut, tetapi membawa banyak keseronokan," kata Gillian Flynn.

Diederick Santer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kudos berkata; "Dennis Kelly dan pasukan di Kudos telah mencipta sebuah cerita seram British yang unik, menakutkan dan sangat menarik, dan kami sangat teruja bahawa ia telah dipersembahkan semula dengan penuh gemilang oleh Gillian Flynn untuk penonton global yang baharu."

Flynn adalah pencipta, penerbit eksekutif dan penunjang bagi Utopia, dan penerbit eksekutif termasuk Jessica Rhoades (yang bekerjasama dengan Flynn dalam Sharp Objects), Sharon Hall, Karen Wilson, Dennis Kelly dan Diederick Santer. Sharon Levy, Presiden, Televisyen Tanpa Skrip & Mempunyai Skrip, Endemol Shine North America, akan mengawasi penerbitan untuk Endemol Shine.

Siri Prime Asal tersedia bagi ahli-ahli Prime untuk disiarkan dan dinikmati dengan menggunakan aplikasi Prime Video untuk TV, peranti yang disambungkan termasuk Amazon Fire TV, dan peranti mudah alih, atau dalam talian dengan siri Asal Prime yang lain di Amazon.com/originals, tanpa kos tambahan untuk keahlian mereka. Pelanggan yang layak yang bukan ahli Prime boleh mendaftar untuk percubaan percuma di www.amazon.com/prime. Untuk satu senarai bagi semua peranti Prime Video yang serasi, sila layari www.amazon.com/howtostream. Kandungan boleh didapati melalui aplikasi Prime Video dan PrimeVideo.com di lebih 200 buah negara dan wilayah.

Maklumat mengenai Prime Video

Prime Video adalah sebuah perkhidmatan hiburan atas permintaan premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan pilihan terbaik untuk menonton - kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.
  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk Prime Asal yang telah memenangi anugerah seperti The Grand Tour, The Marvelous Mrs. Maisel dan Sneaky Pete, Manchester by the Sea yang telah memenangi Anugerah dan The Salesman dan The Big Sick yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, eksklusif, siaran langsung sukan dan kandungan  berlesen dan diterbitkan sendiri yang terdapat di lebih 240 buah negara dan wilayah di seluruh dunia
  • Tonton Lebih Banyak Lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli Prime boleh menambah lebih 100 saluran seperti HBO, SHOWTIME, STARZ, CBS All Access, Cinemax, dan banyak lagi — tanpa aplikasi tambahan untuk memuat turun, dan tiada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Untuk melihat senarai lengkap bagi saluran yang ada, sila layari www.amazon.com/channels
  • Sewa atau Miliki: Beratus ribu tajuk, termasuk filem yang baharu dikeluarkan dan rancangan TV semasa yang tersedia untuk disewa atas permintaan atau dibeli untuk semua pelanggan Amazon
  • Akses Serta-merta: Boleh menonton secara serta-merta pada bila-bila masa, di mana jua melalui aplikasi Prime Video di TV, peranti mudah alih, Amazon Fire TV, Fire TV Stick, tablet Fire dan Apple TV atau secara dalam talian. Untuk satu senarai bagi semua peranti yang serasi, sila layari www.amazon.com/howtostream
  • Pengalaman yang Dipertingkatkan: Menggunakan sepenuhnya setiap tontonan dengan kandungan serasi 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat dari balik tabir filem-filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk tontonan hari kemudian dengan muat turun mudah alih terpilih bagi tontonan luar talian
Sebagai tambahan kepada Prime Video, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang cepat merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih dua juta lagu dan beribu-ribu senarai audio video dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto yang selamat dengan Prime Photos, pembacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had kepada satu katalog buku audio digital dengan Audible Channels  untuk Prime, satu pemilihan berputar bagi permainan digital percuma dan menjarah dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk barangan terpilih, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari: www.amazon.com/prime.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, Tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51791236&lang=en

Hubungi
Amazon.com, Inc.
Talian Penting Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon.com, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.