ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION AKAN MENYAMPAIKAN NILAI SAS SSD YANG MENSASARKAN APLIKASI SATA

Wednesday 20/06/2018



Siri RM5 vSAS yang Baharu Meningkatkan Prestasi, Kebolehpercayaan dan Kapasiti pada satu Titik Harga yang Membolehkan Penggantian SATA di dalam Pelayan
 

TOKYO, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini melancarkan satu kategori baharu SAS SSD yang mengubah permainan yang dijangka menggantikan SATA SSD di dalam aplikasi pelayan. Siri RM5 12Gbit/ nilai SAS (vSAS) mempunyai ciri-ciri keupayaan, prestasi, kebolehpercayaan, kelebihan kendalian dan keselamatan data – pada satu harga yang mengusangkan SATA SSD.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180619006529/en/
 
Satu persekitaran SAS homogen telah lama menjadi standard emas untuk sistem pelayan dan penyimpanan perusahaan. Dengan kepakaran penyatuan menegak di dalam teknologi kilat, firmware dan reka bentuk pengawal, Toshiba Memory Corporation memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju terkemuka[1]  dunia bagi barisan yang mengoptimumkan SAS SSD RM5 untuk merapatkan jurang kos dengan SATA – dan membawa satu kelas SSD yang baharu. SATA sememangnya tidak dapat bersaing dengan SAS, ketinggalan jauh ke belakang dari segi prestasi, kekukuhan, dan pilihan penyulitan.
 
Direka dengan mengambil kira kemampuan dan aplikasi pelayan, siri RM5 vSAS keluaran Toshiba Memory Corporation bertujuan untuk menyediakan satu penyelesaian yang menjimatkan kos dan memberi prestasi yang lebih tinggi untuk mengatasi kesesakan yang wujud dengan SATA pada hari ini. Di mana pemacu SATA sering kali menggunakan pengembang SAS untuk skala keluar, RM5 itu membolehkan penggunaan SAS natif dari hujung ke hujung, sekali gus menghapuskan keperluan untuk terjemahan protokol kepada SATA. Pelanggan kini boleh memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri SAS yang lebih kaya dan merealisasikan kelebihan prestasi berbanding SATA.
 
Memaparkan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ TLC (3 bit bagi setiap sel) keluaran Toshiba Memory Corporation, siri RM5 itu pada mulanya boleh didapati di dalam kapasiti sehingga 7.68TB[2]  dengan sebuah port 12Gbit tunggal, penyambung SFF-8639 dan di dalam faktor bentuk 2.5". Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran dari suku ketiga kalendar tahun 2018.
 
Siri RM5 akan dipamerkan di HPE (Hewlett Packard Enterprise) Discover di Las Vegas, Amerika Syarikat hingga 21 Jun, di petak Toshiba Memory Amerika #196.
 
* Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini mungkin merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Penghantaran unit SAS, Kemas kini Suku Tahun IDC Worldwide Solid State Storage: Ringkasan Tahun Kalender 1Q1 Mei 2018
[2] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi bagi 1GB = 230 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 240 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-3457-3355
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180619006529/en/
 
Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
 
Sumber : Toshiba Memory Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.