ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​TABLEZ MEMETERAI PERJANJIAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YOYOSO

Monday 13/08/2018



Cabang peruncitan yang tersusun oleh Kumpulan LuLu bakal membuka kedai bagi jenama gaya hidup di pelbagai lokasi di seluruh India
 
YIWU, China, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tablez, cabang peruncitan yang terancang oleh LuLu Group International, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan jenama gaya hidup China YOYOSO untuk membawa gedung-gedung mereka ke India. Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan, Tablez telah menandatangani perjanjian itu bersama Cik Ma Huan, Pengasas Jenama dan Presiden Syarikat YOYOSO, dalam satu majlis yang diadakan di Yiwu, China pada Isnin.
 
Beribu pejabat di Yiwu, YOYOSO menawarkan produk-produk kehidupan harian yang mampu dimiliki, mengikut fesyen dan mengikuti perkembangan terkini yang mempunyai pelbagai fungsi, kualiti, reka bentuk dan nilai yang hebat. Terdapat lebih daripada 5,000 item dalam barisan produk YOYOSO, dengan yang baharu ditambah pada setiap bulan. Dengan lebih daripada satu dekad pengalaman di dalam operasi peruncitan rantaian gedung serbaneka mengikut fesyen senggang itu mempunyai lebih daripada 1,000 gedung di seluruh dunia.
 
Tablez merancang untuk membuka gedung YOYOSO merentasi pelbagai lokasi di India dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan 30 buah gedung bakal dilancarkan di bandar raya-bandar raya utama dalam fasa pertama.
 
Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan, Tablez berkata: "Kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan YOYOSO bagi membawa jenama gedung serbaneka fesyen pantas & senggang yang terkenal di seluruh dunia ke India. Produk-produk YOYOSO adalah ringkas, semulajadi, berkualiti tinggi dan mempunyai nilai yang hebat. Kami amat yakin bahawa ia akan menyentuh perasaan dengan pengguna India yang pandai menilai itu."
 
Syarikat induk bagi Tablez itu, LuLu Group International telah pada Jun mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan eksport tahunan mereka bagi gedung runcit mereka dari China yang kini bernilai AS$ 220 juta kepada AS$ 300 juta. LuLu Group International juga sedang mengkaji untuk menubuhkan Pasar Raya Besar di Yiwu dan bandar raya utama yang lain di China dengan pelaburan sebanyak AS$ 200 juta.
 
Cik Ma Huan, presiden bagi YOYOSO, berkata: "Pasaran India adalah satu daripada bahagian paling penting di dalam pasaran global. Ini adalah satu peluang yang baik bagi kedua-dua YOYOSO dan Tablez. Melalui kerjasama bersama itu, kami yakin bahawa YOYOSO akan membawa banyak kejutan dan kebahagiaan kepada generasi baharu India."
 
Maklumat mengenai Tablez
 
Tablez, cabang peruncitan yang tersusun bagi gergasi peruncitan LuLu Group International, telah memperkenalkan jenama-jenama global yang terkemuka di dalam Makanan & Minuman, alat permainan, gaya hidup dan pakaian ke India. Syarikat itu telah menandatangani perjanjian francais induk untuk membawa jenama seperti Springfield, Women'secret, Toys 'R' Us dan Babies 'R' Us ke negara itu. Tablez juga memegang hak francais untuk Cold Stone Creamery dan Galito’s selain telah berjaya membangunkan dua jenama tempatan: Bloomsbury’s dan Peppermill. Tablez pada masa ini mengendalikan lebih daripada 55 buah cawangan di seluruh dunia dan merancang untuk berkembang menjadi 175 buah cawangan menjelang tahun 2020.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tablez.in/about-us/
 
Maklumat mengenai YOYOSO
 
YOYOSO adalah sebuah Jenama Gedung Serbaneka Fesyen Pantas & Senggang Antarabangsa. YOYOSO menawarkan lebih daripada 5000 jenis produk yang berkualiti merentasi kategori seperti kosmetik, aksesori rumah, aksesori fesyen, beg fesyen, aksesori digital, alat tulis & hadiah, produk bermusim, makanan yang diimport, dan lain-lain. Pada masa ini terdapat lebih daripada 1000 buah gedung YOYOSO yang tersebar di seluruh dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.yoyoso.cn
 
* Sumber: AETOSWire
 
Hubungi
Bagi pihak Tablez
Ajit Johnson, +971 50 662 3786
ajit.johnson@luluexchange.com
 
Sumber: Tablez
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180812005049/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.