ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KARNIVAL PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN 2018 DIBUKA KEPADA PELANCONG DI SELURUH DUNIA

Thursday 29/11/2018



AsiaNet 76500

HAIKOU, China, 29 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 24 November, Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2018 (ke-19) bermula di Haikou, dengan memperkenalkan lebih daripada 120 aktiviti bagi pelawat dari dalam dan luar negara, untuk masa bersantai yang tidak dapat dilupakan di Hainan. Gabenor bagi Wilayah Hainan, Encik Shen Xiaoming, mengumumkan pembukaannya. Pada bulan yang akan datang, lebih daripada 120 aktiviti seperti persembahan seni, pertandingan sukan, pameran dan perayaan akan diadakan, dengan membawa pengalaman gembira yang tidak dapat dilupakan kepada pelawat dari seluruh dunia.

Selepas berusaha bertahun-tahun lamanya, Karnival Hainan kini menjadi satu perayaan pelancongan, dan penekanan di dalam pengaruh pelancongan dan budaya global. Karnival ini adalah berskala lebih besar, tahap yang lebih tinggi, dengan lebih banyak penyertaan daripada sebelumnya, dan telah menarik tetamu dari lebih 20 buah negara dan wilayah, dan dari 21 buah wilayah, kota raya dan daerah di China.

"Karnival Hainan itu memperlihatkan pelancongan dan budaya Hainan, dan adalah merupakan perayaan bagi kita semua," Salote Pilolevu Tuita, Puteri bagi Kerajaan Tonga dan Presiden bagi Persatuan Persahabatan Tonga-China, yang datang untuk menghadiri karnival itu, menghargai usaha Hainan untuk membina sebuah pulau peranginan tropika antarabangsa. Encik Vira Rojpojchanarat, Menteri Kebudayaan Thailand, menyatakan bahawa Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan itu terkenal di dunia dan mempromosikan perlindungan dan pembangunan warisan budaya. Thailand telah juga menghantar kumpulan seni untuk memberikan satu persembahan. Duan Qiang, Pengerusi bagi Persatuan Pelancongan Dunia (WTA), berkata bahawa sebagai wilayah pelancongan ke seluruh rantau yang pertama di China, Hainan menikmati momentum yang kukuh bagi pembangunan pelancongan. Beliau percaya bahawa dasar keutamaan kerajaan pusat bagi pembangunan dan pembinaan Hainan akan menyuntik momentum yang teguh ke dalam pembangunan pelancongan Hainan.

"Kami mengalu-alukan pelancong dari dalam dan luar negara ke Hainan untuk menikmati  daya tarikannya yang unik," Fu Caixiang, Naib Gabenor bagi Wilayah Hainan, memanjangkan jemputan mesra pada majlis perasmian itu. Karnival itu dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan, yang terdiri daripada Tempat Utama Haikou dan lima tempat kecil di Sanya, Danzhou, Qionghai, Wanning dan Lingshui. Acara-acara antarabangsa yang utama seperti Ekspo Pelancongan Santai Sedunia 2018, Ekspo Pelancongan dan Makanan Antarabangsa Hainan ke-4 dan Persidangan Pelancongan dan Pelaburan Sedunia yang pertama akan diadakan. Karnival itu akan berakhir di Sanya pada 31 Disember.
 
Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:  http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=325465 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.