ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SYARIKAT TENUSU TERKEMUKA YILI MEMBELI PERUSAHAAN AISKRIM TEMPATAN THAILAND YANG TERBESAR, MEMPERCEPATKAN PENGANTARABANGSAAN MEREKA

Monday 03/12/2018



AsiaNet 76563
 
BANGKOK, Thailand, 3 Dis., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kumpulan Yili telah mengadakan satu majlis menandatangani secara besar-besaran di Bangkok, Thailand pada 29 November untuk secara rasminya membeli Chomthana, yang merupakan syarikat aiskrim tempatan yang terbesar di Thailand.

Pada tahun 2018, proses pengantarabangsaan Yili adalah kerap. Pertama, ia telah menaik taraf Pusat Inovasi Eropah dengan kerjasama Universiti Wageningen di Global Dairy Mount Everest. Kemudian produk mereka telah disenaraikan di pasaran Indonesia untuk berkongsi kualiti Yili dengan pengguna Indonesia. Pada 28 November, ia telah diumumkan bahawa pengambilalihan di luar negara akan menyaksikan syarikat aiskrim domestik yang terbesar di Thailand berada di bawah pemilikan mereka.

Pan Gang, presiden bagi Kumpulan Yili, pernah berkata, "Perusahaan harus mengumpulkan tenaga global, bertegas ke atas inovasi yang berterusan, dan menggunakan sumber global yang berkualiti tinggi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna."

Pemerolehan ke atas Chomthana adalah satu langkah penting bagi Yili untuk mengumpulkan tenaga global dan mendalami manfaat bersama dan mencapai keadaan yang menguntungkan kedua-dua pihak. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Yili berkata, "Dalam proses menggalakkan pengantarabangsaan, Yili sentiasa berpegang pada konsep 'keterbukaan, kerjasama dan sama menang', dan menumpukan perhatian kepada impian untuk 'menjadikan dunia sihat'."

Dengan pengintegrasian ekonomi global yang lebih mendalam, Yili mempercepatkan kadar pengantarabangsaan dengan bantuan "belt and road". Dari "perangkaian global" untuk membina sebuah "rantaian kebijaksanaan global", Yili terus menggalakkan industri tenusu dunia dengan sumber-sumber pelengkap, sinergi yang berinovatif dan manfaat bersama.

Soh Chee Yong, presiden bagi Chomthana, berkata, "Melalui banyak perhubungan dan rundingan, kami percaya bahawa Yili adalah sebuah syarikat yang dihormati. Sejak penubuhannya, Yili telah mematuhi kepercayaan berkualiti dan terkenal di seluruh dunia kerana pengantarabangsaan dan inovasi mereka yang berterusan. Di bawah impian "membiarkan dunia berkongsi kesihatan", produk Yili telah memperolehi keyakinan pengguna global. Yili adalah sebuah perusahaan yang benar-benar bersepadu dengan pengguna."

Adalah difahamkan bahawa Chomthana merupakan pengedar aiskrim dan makanan beku domestik yang terbesar di Thailand. Ia mempunyai lebih 37 tahun pengalaman dan produk mereka meliputi banyak bidang seperti aiskrim, roti dan pencuci mulut. Ia mencatatkan pencapaian baik di pasaran domestik Thailand dan 13 pasaran asing, oleh itu ia sangat disukai oleh pengguna. Selepas penandatanganan di antara Yili dan Chomthana, Yili akan mempromosikan sepenuhnya kelebihan pelengkap di antara China dan Thailand, memberi galakan kepada kesan sinergi strategik, dan membuat impian "membiarkan dunia berkongsi kesihatan" berkembang seterusnya.

Di bawah trend globalisasi ekonomi itu, perusahaan persendirian China akan mempunyai peluang yang baik untuk pembangunan. Siri inisiatif China untuk menggalakkan kerjasama global juga telah mewujudkan keadaan mudah bagi perusahaan persendirian China untuk "keluar" dan melaksanakan kerjasama antarabangsa. Yili merebut peluang, secara aktif menjalankan susunatur antarabangsa, dan telah mencapai keputusan yang baik. Mengikut data, kadar pertumbuhan pendapatan Yili kekal melebihi dua angka dari tahun 2008 hingga 2015, dan melebihi 68 bilion yuan menjelang tahun 2017, menduduki ranking pertama dan meningkat di dalam industri dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 12.29%. Pulangan ke atas aset bersih kekal melebihi 20% untuk banyak tahun, dengan menduduki tempat pertama di dalam industri tenusu dunia. Pemerolehan ke atas Chomthana akan meningkatkan prestasi Yili dan memperdalamkan kerjasama sama menang di dalam industri tenusu global.

Chen Yu, seorang penganalisis kanan tenusu, percaya bahawa sebagai sebuah syarikat tenusu yang terkemuka di Asia, Yili telah terus memperluaskan saluran di luar negara dan mengetuai industri  tenusu China untuk pergi ke luar negara dengan bantuan "belt and road" dan untuk mempercepatkan aliran sumber yang berkualiti tinggi di dalam rantaian perindustrian global. Pengantarabangsaan Yili akan mempunyai satu kesan positif terhadap pembangunan industri tenusu global. Langkah strategik Yili adalah satu daya penggerak yang penting bagi pembangunan industri tenusu China dan akan juga menjadi satu tenaga kinetik baharu yang penting dalam mempromosikan pembangunan industri tenusu global.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=325687
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.