ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MYEG DIKENAKAN PENALTI RM9.4 JUTA KERANA MELANGGAR AKTA PERSAINGAN 2010

Friday 08/02/2019



KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (“MyCC”) ingin menyatakan dalam rekod bahawa melalui tarikh siaran
akhbar ini, mendapati bahawa MyEG secara berterusan tidak mematuhi Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (“TRP”) bertarikh 28 Disember 2018 yang mengesahkan Keputusan MyCC bertarikh 24 Jun 2016 ("Keputusan TRP"). 

Setelah permohonan Semakan Kehakiman oleh MyEG ditolak Mahkamah Tinggi pada 22 Januari 2019, MyCC telah mengarahkan peguam caranya untuk menuntut pematuhan perintah pembetulan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 58 (iii) dan 58 (iv) Keputusan TRP dan serta membayar penalti harian yang telah ditetapkan. Penalti harian sebanyak RM7,500.00 akan terus dikenakan sehingga MyEG mematuhi arahan yang ditetapkan oleh TRP dalam perenggan 58 dalam keputusan TRP. Sehingga kini jumlah penalti yang terkumpul adalah RM9,464,700.00. 

MyCC merupakan badan separa-kehakiman yang bertanggungjawab untuk melindungi proses persaingan di Malaysia. MyCC telah diberi mandat untuk
menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi menyiasat sebarang penyalahgunaan kedudukan dominan atau monopoli di pasaran. MyCC bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan MyEG mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan)

Ditubuhkan pada April 2011, Suruhanjaya Persaingan ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang
dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau
servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia
memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-penalti kepada pesalah undang-undang persaingan.

Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan Suruhanjaya Persaingan, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my. 

SUMBER: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi dan Advokasi
Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Tel: +603 2273 2277 (ext 111) 
Emel: ccd@mycc.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.